Assalamualaikum. Okay tau blog dah berabuk dah reput kena makan dek anai-anai. Hahaa, hari free sikit so nak update sikit lah blog ni dgn kenangan2.
Haa, ni semua gambar kenangan semasa aku mengikuti program Kem Rindu Mustaqim di D'omland, Tikam Batu, Kedah. Kem selama 3 hari 2 malam ni memang terbaik. Macam-macam benda yang aku dapat belajar. Boleh sarankan kat cikgu2 try pi kem ni. Walaupun kem ni macam kem kampung, tapi serius memang best. Macam-macam aktiviti yang tersedia. Aku join kena bayar RM30 je, kami pi satu bas. Separuh dari basa adalah budak form 6. Terdapat beberapa orang pelatih yang ditugaskan bersama kami. Antaranya Tuan Syahrul, Tuan Akmal, Tuan Affan, Tuan Najmi dan ramai lagi.
Gambar masa hari pertama memang tadak sebab sampai ja kat kem terus mula aktiviti. Tak sempat nak pegang phone. Malam pertama kami diuji ketahanan diri berjalan malam seorang diri di lokasi yang tak kami ketahui. Gelap. Sunyi. Sedikit gementar. Alhamdulillah, kami semua berjaya walaupun ada seorang dua yang menangis. Haha.
Pada hari kedua, kami diminta menempuh hutan bakau. Penat. Ini merupakan pengalaman saku buat pertama kalinya. Seronok jugak. Banyak halangan yang tersedia. Dan aku mampu menyelesaikannya. Kemudian kami perlu menyelesaikan tugas water confiedent. Haaa, bukan kat kolam renang. Kat sungai wei. Tak ingat sungai apa nama. Kami kena terjun ke dalam sungai dan di pimpin dgn tali untuk bergerak di dalam air. Malangnya aku gagal. Haaha, aku terjun. Kemudian aku seperti tidak mampu menahan nafas di dalam air. Rasa nak lemas. Takut sangat. Rasa nak muntah. Tuan Syahrul meminta aku dinaikkan ke rumah bot milik kem utk berehat. Aku tak mampu nak teruskan. Aku memang fobia dgn air ni. Aku naik dan muntah. Aku hanya mampu melihat kawan-kawan lain meneruskan aktiviti.
Kemudian aku sudah lega. kami akan meneruskan dengan aktiviti kayak. Aku tak pernah berkayak. Tiba-tiba hujan. Hujan yang sangat lebat. Dalam kata lain ribut. Ya Allah, angin yg sangat kuat. Tuan meminta kami utk pulangan ke kem, tapi cikgu penbimbing meminta utk menunggu sebentar kerana dia tahu yang kami sangat bersemangat utk berkayak. Dengan izin Allah swt, hujan berhenti. Alhamdulillah. kami dpt berkayak bersama-sama. Seronok sangat. Tetapi tak lama, dalam 15 minit sahaja kerana kami(perempuan) perlu pulang ke kem utk solat asar manakala lelaki akan solat di atas rumah bot tersebut.
Malam itu semua sangat letih. Kami ada aktiviti yg ringan iaitu muhasabah diri.
Pada keesokkan harinya, hari ketiga dan terakhir. Kami ditugaskan untuk memasak. Kemudian berlangsung lah majlis penutupan yg turut dihadiri oleh Pengetua. Maka tamat lah kem 3 Hari 2 Malam di kem D'omland ini.
Pengalaman yang tak mampu dirungkai dengan tulisan. Belajar macam-macam perkara. Belajar menguruskan masa dengan baik. Belajar cara makan dengan beradab. Belajar tolak ansur dan bekerjasama. Belajar macam-macam jenis tepuk semangat. Dapat mengeratkan silaturahim dengan kawan-kawan . Walaupun pada mulanya tuan-tuan disini agak garang, tapi jangan risau. Mereka sangat baik orangnya. Insyaallah kita berjumpa lagi. Pengalaman yang takkan pernah dilupakan.
No comments:
Post a Comment