Susah tak ? Boleh jawab tak ?
Huargghh nak nangis ahhh. Okay takpa sehari dua tiga empat ni rest dulu. Enjoy sikit. Lepas ni baru bukak buku. Amenda baru nak bukak buku, sebelum exam tamao bukak buku. Hahahaa.
Okay cerita malam ni pasal ....
Malam ni aku nak tulis pasal....
Hmmm okay tatau nak tulis apa ni...
Okay aku nk tulis pasal sahabat. Ya kawan ! Ada orang yang bezakan antara sahabat dan kawan . Katanya kawan ni umum dan sahabat ni macam kwn baik lah. okay aku tau semua orang ada kawan kan. Aku pun ada.
Sekarang aku umur 18 tahun dan belajar di Tingkatan 6. Pengalaman aku lah kan tentang kawan ni banyak. Macam-macam jenis kawan dah aku jumpa. Jangan kata talam dua muka, tikam belakang, kaki ampu yang macam hantu pun aku dah pernah jumpa. Ehh okayy kawan semua manusia lah tapi perangai je yang iras hantu. Bergaduh dalam berkawan ni asam garam kehidupan. Srs kau kena rasa jugak gaduh dengan member kau. Baru life bruhh.
Okay first kawan dalam hidup aku (maknanya time ni aku dh tau beza mana ayam mana itik) ialah Ayu Suffina. Gambar dia ? alahh pi kat fb aku ka twitter aku ka instagram aku kaaa adalah muka dia. Haaa dia ni sebenarnya anak menakan aku. Anak bongsu kepada kakak sulung aku. Haaa kami sama tahun. Orang kata macam kembar. Semua benda nak buat sekali. Ni kalau dia baca aku tulis pasal dia ni mesti dia mengeledis / gedik. haha okay jk jk.
Okay kami pernah sekali bergaduh. Gaduh yang paling besar dlm hidup aku.Kalau setakat terasa hati , merajuk sikit2 tuh dah biasa. Masa kami form 3. Ayu, klu lah hang yg tgh baca ni. Aku nak hg tau yg aku takan ckp benda ni f2f. Sumpah takan. Hg tau sebab kita gaduh, aku tau. Tak perlu aku kongsi kat sini sebab tu pengalaman kita. Aku nak hg tau masa kita gaduh tu aku sedih. Hari-hari aku nangis. Hg tau lah aku ni mana reti nk minta maaf bagai ni. Aku kan cool. Berapa lama kita tak cakap langsung, tgk muka pun takmau. Hg tau ka hati aku nangis tau dak. (Okay sekarang aku pun nak nangis) Mulut aku kata benci hang tapi hati aku sayang dan rindu kat hang. Srs. Hg tau dak aku balik rumah dok tgk gambar kita dua zaman benggong2 dulu. Aku ni ego. Aku minta maaf sgt2 . hg kena tau aku syg hg walaupun x pernah bagitau. Ahamdulillah kita dah okay. Aku takan lupa pengalaman ni. Gaduh dgn kawan pertama dgn hidup aku. Perit. Sakit. Sat, bapa bulan eh kita tak cakap ? Hahaa berdosa nyaa.
Bagi aku bila gaduh, kita lebih kenal antara satu sama lain. Ada orang kata kalau dah kwn baik lps tuh gaduh then baik pulak mesti tak macam asal. Tapi kita ? bagi aku mcm semakin rapat jaa.
Sekarang kita dah matang. Kita kawan sampai mati. Tak kesah lah hg kat Taiping ka kat mana ka. Kita selalu ada utk satu sama lain. Sebab dalam darah aku ada darah hg jugak. Aku takmau jadi bae hg. Cukup hg anggap aku org yg ada utk hg bila2 masa kecuali aku tgh tidur, aku tgh makan dan aku tgh berak. Haa mandi pun. Masa lain boleh mai. Bubuh lah 10 bae pun dalam hati hg, aku tau aku ada ruang istimewa. Haha perasan ! Sama jaa walaupun kita berpisah jarak. Kita masih ada connection. Melalui darah ? Ehh dak aihh. Whatsapp kan ada. hahahaa. Jaga diri kat Tepeng tuh. ingat pesan aku ! Jgn over, nanti sakit. dah pernah kena kan. Beringat !
Bila orang tanya ku sama ada aku ada bae ke dak. Jawapan dia tadak. Hahaa. Semua sahabat aku. Semua kawan aku. Walaupun sebelum ni kita pernah gaduh ka. Aku sayang semua. ( budak-budak tadika kemas sungai acheh tahun 2002-2003 , budak2 sekolah rendah sungai acheh tahun 2004-2009 , budak-budak smk seri nibong tahun 2010-2014 dan sekolah sekarang smk tunku abdul rahman tahun 2015-2016)
Hampa semua adalah pengalaman aku. Aku sayang hampa semua walapun sekarang ni tak contect pun. Masing-masing dah belajar jauh-jauh. Jaga diri hampa. Belajar rajin-rajin. Banggakan keluarga kita. Insyaallah Allah swt akan pertemukan kita suatu hari nanti.
Nasihat sikit. Bila kawan kita pi tempat baru. Jgn expect dia nk wasep hg 24/7. Dia busy wey banyak benda nak buat. Then kalau dia upload gambar dgn kwn baru kat tempat baru, kau takpayah be like "lupa kawan" ! Dia tak lupa kau tpi bila dia kat tempat baru dia perlukan kwn nk study. Takan kau nak tgk kwn kau jadi blur satu sem kot. Matang sikit okay. Kau kena matang dgn semua benda ni. Tak payah jeles sangat lah. relax je. Asalakan kau cuba keep in touch dgn kwn kau. atleast seminggu sekali call ke wasep ke. Insyaallah relay korang berkekalan. Amin.
Okay kalau korang nk check out sapa kwn aku , boleh je pegi fb, instagram dan twitter aku. Selain gambar dgn family, makanan dan pandangan, haa yang lain tuh semua kawan aku. Aku malas nak tunjuk sini sebab kawan aku ramai. ramia gila. hihii . Aku syg semua kwn aku. Semoga ukhwah kita sampai bila-bila. Amin.
Okay bye ! Assalamualaikum.