Sunday, 22 February 2015

VINCENT.

Assalamualaikum.
Hari ni ada berita sedih .
Selepas BOB , kini VINCENT pula pergi.
Aku dapat call dari Ayu dlm pukul 7 tadi (22/2/2015) . Dia bagi tau kata Vincent dah tak ada . Dia suruh aku check group ws. Aku terkejut . Jantung aku laju. Aku check then betul . Katanya meninggal dalam pukul 5pm. Allahiakhbar . Semua kawan-kawan sediah dan terkejut . Dan Insyaallah esok aku dan kawan-kawan nak pi tengok dia .

Okay. Vincent ni Cina, Lelaki. Dalam kelas aku ( #DareToAccount) ada 3 org ja lelaki. Dia ni nakal. Dia suka buat stunt . Sat lompat sini lompat sana . Suka kacau orang . TAPI dia baik. Dia budak pandai tapi tak pernah kedekut ilmu. Dia selalu ajar Akaun, AddMath ( walaupun masuk telingga kiri keluar telingga kanan) , Math dan macam-macam lagi . Dia ni kalau tak mai sehari tak meriahlah kelas. Bagus Vincent ni .

Okayy . Vincent ni Bendahari kelas (5 Cem/2014) . Budak-budak kelas aku ni mmg liat sikit bila bab kena bayar duit bagai . Vincent sanggup dahulukan duit dia . Sebab dia percaya kami semua kawan dia . Lepas tu kami bayar balik laa.    Okayy , next. Vincent ni kira berada laa. So setiap kali kelas nak buat event . Mesti punya lah pi dekat dia cakap " Vincent, hg tamau sponser apa2 ka?" Tak pernah tak sponser hah . Baik orgnya .

Hah . kalau nak tau trademark kelas 4/5 cemerlang 2013/2014 iaitu #DareToAccount . Datangnya idea dari Vincent lah . Mulanya #DareToVincent selepas tu jadilah #DareToAccount . Banyak jasa dia yg akan aku kenang . Well gambar aku berdua dgn vincent tak ada . Sebab , masa Malam anugerah haritu mmg nk bergambar berdua . Sebagai kenangan lah . Tapi dia takmau . Katanya tamau bg XJ jeles . Well , aku paham . Then, it sokay lah . Gambar ramai2 kan ada . Kat bawah sekali eh .

Ada satu kenangan yg aku tak pernah lupa . Aku po sekolah naik moto , dia pun naik moto . So selalunya mmg kami parking dekat . Then setiap kali aku nak balik , kalau dia pun ada masa tu . Ayat yg wajib dia sebut " Akma, jom race. Sapa sampai Sg Acheh dulu , dia menang" Memang aku tamau lah . Hahaa . Dia kata  lg " Alah jom lah , hg pakai EX5 boleh menang punya, aku moto buruk ja" Memang aku tolak setiap ajakkan dia tu . Aku tau dia melawak , suka sakat org . Hahaa ,Vincent Vincent . Aku akan ingat hg .

Okay tu jaa . Sedikit kenangan bersama Vincent . Btw , sebenarnya lebih kurang seminggu yg lepas dia excident . Dgr cerita kereta rentung , dia masuk icu . Tak sedarkan diri . Sampailah petang tadi disahkan sudah tiada . Sedih . Aku harap yg baik-baik . Aku turut bersimpati .

No comments:

Post a Comment