Sunday, 22 February 2015

Newborn baby boy !

Okay memang sedih pasai Vincent tu . Tapi nak share jugak berita gembira . Kak Zia dah selamat bersalin !! Baby Boy !! Yeayyyy Zara dah dapat adik !! Mak aku dapat cucu menakan baru !! Dalam pukul 6:15 ptg 22/2/2015 . Katanya sama tarikh lahir dgn ayahnya, Abg Wan . Tahniah . Dgr angin kukus kata nama yg selalu dipanggil semasa masih di dlm perut UMAR . Cantik nama tu . Umar . Tahniah . Yeayy , aku dapat anak menakan baru !! Alhamdulillah 😊

VINCENT.

Assalamualaikum.
Hari ni ada berita sedih .
Selepas BOB , kini VINCENT pula pergi.
Aku dapat call dari Ayu dlm pukul 7 tadi (22/2/2015) . Dia bagi tau kata Vincent dah tak ada . Dia suruh aku check group ws. Aku terkejut . Jantung aku laju. Aku check then betul . Katanya meninggal dalam pukul 5pm. Allahiakhbar . Semua kawan-kawan sediah dan terkejut . Dan Insyaallah esok aku dan kawan-kawan nak pi tengok dia .

Okay. Vincent ni Cina, Lelaki. Dalam kelas aku ( #DareToAccount) ada 3 org ja lelaki. Dia ni nakal. Dia suka buat stunt . Sat lompat sini lompat sana . Suka kacau orang . TAPI dia baik. Dia budak pandai tapi tak pernah kedekut ilmu. Dia selalu ajar Akaun, AddMath ( walaupun masuk telingga kiri keluar telingga kanan) , Math dan macam-macam lagi . Dia ni kalau tak mai sehari tak meriahlah kelas. Bagus Vincent ni .

Okayy . Vincent ni Bendahari kelas (5 Cem/2014) . Budak-budak kelas aku ni mmg liat sikit bila bab kena bayar duit bagai . Vincent sanggup dahulukan duit dia . Sebab dia percaya kami semua kawan dia . Lepas tu kami bayar balik laa.    Okayy , next. Vincent ni kira berada laa. So setiap kali kelas nak buat event . Mesti punya lah pi dekat dia cakap " Vincent, hg tamau sponser apa2 ka?" Tak pernah tak sponser hah . Baik orgnya .

Hah . kalau nak tau trademark kelas 4/5 cemerlang 2013/2014 iaitu #DareToAccount . Datangnya idea dari Vincent lah . Mulanya #DareToVincent selepas tu jadilah #DareToAccount . Banyak jasa dia yg akan aku kenang . Well gambar aku berdua dgn vincent tak ada . Sebab , masa Malam anugerah haritu mmg nk bergambar berdua . Sebagai kenangan lah . Tapi dia takmau . Katanya tamau bg XJ jeles . Well , aku paham . Then, it sokay lah . Gambar ramai2 kan ada . Kat bawah sekali eh .

Ada satu kenangan yg aku tak pernah lupa . Aku po sekolah naik moto , dia pun naik moto . So selalunya mmg kami parking dekat . Then setiap kali aku nak balik , kalau dia pun ada masa tu . Ayat yg wajib dia sebut " Akma, jom race. Sapa sampai Sg Acheh dulu , dia menang" Memang aku tamau lah . Hahaa . Dia kata  lg " Alah jom lah , hg pakai EX5 boleh menang punya, aku moto buruk ja" Memang aku tolak setiap ajakkan dia tu . Aku tau dia melawak , suka sakat org . Hahaa ,Vincent Vincent . Aku akan ingat hg .

Okay tu jaa . Sedikit kenangan bersama Vincent . Btw , sebenarnya lebih kurang seminggu yg lepas dia excident . Dgr cerita kereta rentung , dia masuk icu . Tak sedarkan diri . Sampailah petang tadi disahkan sudah tiada . Sedih . Aku harap yg baik-baik . Aku turut bersimpati .

Saturday, 21 February 2015

Gudang Kubur dgn Mak.

Hari tu 18/2 aku ajak mak p Kerian Mall sebab nak tgk wayang cerita Gudang Kubur . Sebab ada watak Niezam Zaidi . Hahaa , okay lah cerita tu . Best sebab ada scene sedih , seram , sweet , lawak . Pelakon -pelakon dia pun bagus2 . Lepas tu , pusong-pusing Mydin . Kat food court ada jual buku-buku . Ehh , tgk ada buku Mat Lutfi . Buat muka baik cakap kat Mak nak.beli boleh ? Mestilah jawapan dia boleh . Tajuk dia catatan Mat Lutfi . Best lah baca buku dia . Aku pi Kerian Mall dgn Mak ja naik moto . Haha , sekarang ni Mak kalau nak pi mana semua ajak aku bawak naik moto .

Sunday, 8 February 2015

Aku aminkan mimpiku

Okay ! Lama tak post okay !! Haa hari ni 9/2/2015 Hari Isnin . Aku puasa hari ni dgn mak . So tak larat sgt laa . Tapi aku mmg nak taip jugak . Mmg nak share jugak . Semalam aku tidur , aku mimpi . Mimpi ? normal lah kan . Tapi ,nak tau apa yg aku mimpikan ? Jengg jengg *drum roll
Aku mimpi pasal seorang budak yg well-known kat Malaysia ni . Anak seorang anak seni yang aku sanjung karjanya . Iaitu Bakti Ajuna Fitri Bin Abdullah . Anak sapa ? Anak Fynn Jamal lah . Yes Kok ping ! Haa si Juna tu lah yang kekadang KokPing suka panggil Tuna . Hahahaa . Okayy , aku tak berapa ingat secara terperinci lah mimpi tu . Tapi aku cuba lah .

Okayy , dlm mimpi aku tu aku jumpa Juna somewhere laa without KokPing and Bongtri . Somewhere yg aku tak ingat . Tapi masa tu aku kenal Juna . Aku tahu dia Bakti Arjuna Fitri . So masa tu aku dgn Family , then aku ambik Juna bawak balik rumah . Betul itu Juna . Aku jaga dia. Dlm masa yg sama try nk hubungi KokPing nak bagi tahu yg Juna ada dgn aku . Dalam masa aku jaga Juna tu , Juna boleh BERCAKAP . Demi Allah , dalam mimpi aku Juna boleh CAKAP . CAKAP maksud aku tanya Juna " Nak makan tak Juna ?" then Juna jawab "Nak biskut" . Allahuakhabar . Bukan yang tu ja yg dia cakap . Banyak lagi . Dia macam normal budak yg age sama dia . Sampai situ ja mimpi aku , aku tak sempat jumpa KokPing pun .

Sedar ja dari tidur terus aku tadah tangan dan amin kan mimpi aku tu . Aku bukan sesiapa dgn Juna and KokPing . Aku sebagai stranger yang hari-hari stalk KokPing . Hari-hari tgk gambar and video Juna . Tahu Juna anak Syurga . Allahuakhbar , dengan kuasa Allah tak mustahil mimpi aku jadi kenyataan .

Itu jaa lah yang aku nak cerita. Korang boleh follow Instagram KokPing @fynnjamal . Insta KokPing ni adalah list wajib stalk setiap hari , bangun pagi , sebelum tidur . KokPing list ke-2 sebab 1st mesti Abe NZ . Bagi aku KokPing ni awesome , sado dan lain2 . Walaupun KokPing ramai Haters , tapi sebenarnya Strangers yang love KokPing lebih ramai . Aku salah seorang dari stranger tu .