Assalamualaikum.
Hai hai . Lama x update blog. Hahahaa . Hari ni 19 April 2015.
Hari ni aku nak cerita pasal sambung study. Yaa mmg benda ni lah duk bermain dlm fikiran semua budak lepasan spm 2014.
Nak sambung study atau nak kerja ?
Well, setiap org ada pandangan sendiri tentang tu. Ada sebahagian yg mungkin merasakan bekerja adalah jalan terbaik. Tapi ada juga yg merasakan di zaman serba membangun ini, segulung ijazah amat penting utk masa depan yg cerah.
Okay aku nk ckp pasal yg nak sambung study. Well nasihat aku yg serba tak tahu ni adalah seperti berikut. Setiap keputusan yg korang nak putuskan tolonglah minta pendapat IBU, BAPA, WARIS, KELUARGA, GURU KAUNSELLOR, MAHASISWA, MAHASISWI.
KAWAN ? nasihat aku adalah jangan percaya 100% dari kawan. Maksud aku jangan buat keputusan terikut ikut kawan. Nanti masa kau nk temuduga kerja bukannya kawan kau tu tolong.
Sebab apa aku ckp tu ? Kau tahu macam mana status kewangan keluarga kau. Sekarang kolej kolej swasta memang tgh rajin hantar surat, hantar email, hantar mesej dan call. Tolonglah minta pandangan Guru Kaunsellor kau. Jangan mudah sgt terpedaya. Aku tak cakap kolej swasta x bagus. Bagus. Ramai senior aku sambung kat kolej swasta. Yapi kau rasa kau mampu ke ? Let say kawan kau nk pergi kolej swasta tu, then kau pun nak pergi. Kau tak fikir ke family kau mak ayah kau kerja siang malam. Kalau kau ni orang senang dan mampu nak sambung belajar kat kolej swasta , then why not. Tak salah. Tapi utk korang yg agk kurang mampu , adik adik ramai lagi yg bersekolah, tolonglah fikir banyak kali. Jangan ikut kawan. Nanti teruk mak ayah kau. Kesianlah kat diorang. Kalau betul kau nk belajar, kat mana mana pun kau boleh belajar. Tak perlu nak kena pegi kolej swasta bagai sdgkan kau mmg x mampu. Banyak lagi peluang utk kau sambung belajar. Sabar. okay sabar. Kalau sekarang ni, kawan kawan yg sedang sambung belajar semuanya swasta. Tak kesah. Mak ayah diorang dh sediakan bajet utk diorang study.
Korang boleh tunggu Matriks , Form 6 dan UPU . Sabar . Jgn gopoh nak sambung study. Sekarang result Matriks dan Form 6 dah keluar. So pergilah berbincang dgn keluarga dan guru kaunsellor. Yang mana korang nak pilih. Tak nak sambung dua2 tu ? Kau nak UPU ja ? Nasihat yg aku selalu dpt adalah, Ambik ja apa yg kau dpt sekarang, bila dh dpt UPU . Boleh kau keluar dri Matrik atau F6 dan ke UPU. Backup plan. Jangan kau tolak Matrik tolak F6 , lastly kau x dpt UPU. Kau rasa ? Hah. Nak buat sekarang ? Fikir baik baik utk buat keputusan masa depan kau ni. Tanya pandangan semua org yg berpengelaman. Jangan fikir nak seronok je. Okay. Sabar. Tenang. Fikir kesan akan dtg dgn keputusan kau sekarang.
Well yg nak kerja ? Tak nak sambung belajar ? Insyaallah, kalau kau rasa itu yg terbaik selepas bincang dgn keluarga dan guru kaunsellor. INGAT ! kalau boleh keputusan utk masa depan kau ni jangan menyusahkan orang lain. Buatlah solat istikharah. Tenang. Ada banyak ja org yg tak sambung belajar tapi gaji dia 4 angka 5 angka. Tapi korang fikirlah yg terbaik utk masa depan korang. Peace ✌
Aku MINTA MAAF kalau apa yg aku tulis ni ada guris hati sesiapa , kalau apa yg aku ckp ni salah. Ni blog aku, tempat aku luah perasan, tempat aku menaip. Peace. Aku ? Yela aku duk taip mcm2. Aku pilih apa ?
Alhamdulillah. Aku pilih F6. Sebab : 1.Aku masih boleh jaga mak abah. Sebab kira aku mcm pergi sekolah (7pagi-3ptg). Mmg sekolah pun. 2.Paling murah. Sebab aku tau macam mana status kewangan family aku. 3.Sijil STPM mahal. Ye aku tau susah. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Hurmm, itu ja yg aku nk tulis utk malam ni.Salam sayang 😘 Jaga diri dan sentiasa berusaha utk jadi lebih baik. assalamualaikum.